Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bukan plot burukkan imej, ini pendedahan kepincangan pentadbiran – Saifuddin Nasution

Oleh: Kumaran Rajamoney

PENDANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujud plot besar untuk memburukkan imej Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Jelasnya, pendedahan yang dilakukan beliau berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik serta kaitannya dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) adalah bagi menunjukkan wujud isu kepincangan pentadbiran.

Artikel berkaitan: “Ada plot besar untuk memburukkan imej saya, beri gambaran saya bermasalah” – Sanusi

“Tak ada plot dalam soal ini kerana hakikatnya isu kecurian REE ini menunjukkan beberapa isu berbangkit termasuk dalam kes membawa masuk pekerja asing dari China. Tangkapan dan kompaun telah dikeluarkan.”

“Saya percaya siasatan akan diteruskan melibatkan beberapa agensi. Ini memandangkan tangkapan pertama yang dilakukan pada bulan Januari lalu membawa kepada kertas siasatan dibuka oleh Jabatan Hutan serta Jabatan Mineral dan Galian (JMG),” katanya.

Datuk Seri Saifuddin menambah, apa yang didedahkan beliau hanyalah permulaan kepada siri pendedahan lain berhubung kecurian REE di negeri Kedah.

“Saya mahu tahu apa status dua lelaki warga China So Loi Fat dan Huang Zhiyi yang ditawarkan bekerja dengan MBI. Di manakah mereka?”

“Seorang daripada ditangkap kerana mencuri REE, jadi apa tindakan yang diambil kepadanya. Banyak yang perlu dijawab oleh Menteri Besar,” katanya.

Saifuddin berkata demikian mengulas dakwaan Muhammad Sanusi bahawa wujud satu plot besar nagi memburukkan imejnya dan memberikan gambaran bahawa dirinya seorang yang bermasalah.

Loading...
Terkini