comscore
Tumpuan :
Politik

BN Umum Calon PRU-15, 3 Hingga 5 Hari Sebelum Penamaan Calon

BN akan terus perkukuhkan jentera parti bersama-sama dengan parti Friends of BN.

KUALA BERANG: Barisan Nasional (BN) akan memuktamadkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selewat-lewatnya tiga hingga lima hari sebelum penamaan calon.

Pengerusi BN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dimuktamadkan selepas perbincangan bersama parti komponen dengan menampilkan 70 muka baharu.

“Kita tampilkan 84 peratus muka baharu di Melaka dan 72 peratus di Johor, pengundi mahukan muka-muka baharu ini untuk beri semangat baru kepada parti dan berkhidmat kepada rakyat diwakili,” katanya selepas merasmikan Program Solidariti dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera BN PRU-15 di Akademi Binaan Malaysia di Jenagor.

Turut hadir Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perhubungan BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Loading...
Terkini