comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Azlan Man dijangka didakwa esok

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Menurut sumber, beliau dijangka berdepan pertuduhan berkaitan tuntutan palsu.

Menurut laporan beberapa media, Datuk Seri Azlan dijangka menghadapi pertuduhan di bawah Akta 18 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man

SPRM menghantar nota jemputan kepada media untuk membuat liputan membabitkan tuduhan terhadap seorang bekas Menteri Besar.

Mengikut nota itu, bekas Menteri Besar berkenaan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar pada jam 8.30 pagi.

Datuk Seri Azlan Man, 65, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu dan kemudian tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau didakwa atas tuduhan mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.

Sumber berkata, kes itu sudah didaftarkan untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen 1, Kangar.

Loading...
Terkini