Tumpuan :
Politik

Asyraf ronda kawasan Felda Nenering naik motosikal

Calon BN Parlimen Gerik, Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa bertemu dengan masyarakat Felda di Felda Nenering, Gerik, Perak, hari ini. – FOTO: Dr Asyraf Wajdi Dusuki / Facebook

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Gerik, Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa berjumpa dengan masyarakat Felda di Felda Nenering, Gerik, Perak, hari ini.

Kunjungan beliau di kawasan berkenaan dilakukan bersama komuniti dengan menaiki motosikal.

Lawatan itu dimuat naik beliau menerusi status serta gambar pada akaun Facebook miliknya, hari ini.

“Hari ni, Abg (Abang) Tahir, Kak Siti, Fairuz dan teman yang lain ajak saya ronda-ronda naik motor di sekitar Felda Nenering.

“Sempat ziarah kasih di beberapa rumah keluarga Felda di sini. Gambar-gambar menceritakan segalanya.

“Ramah, mudah mesra dan terserlah keakraban hubungan silaturrahim masyarakat di sini,” katanya dalam status dimuat naik di Facebook tadi.

Parlimen Gerik menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Calon BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Fathul Huzir Ayub dan Ahmad Tarmizi Mohd Jam (Pakatan Harapan).

Calon-calon yang bertanding di P054 Gerik
Loading...
Terkini