comscore
Tumpuan :
Politik

Anak Kit Siang antara 2 calon muka baharu di Pulau Pinang

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan calon DAP bagi kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam Konvoi Harapan di Persiaran Karpal Singh, hari ini.

Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Anak perempuan veteran Lim Kit Siang, Senator Lim Hui Ying antara dua muka baharu dalam kalangan tujuh calon DAP bagi kerusi Parlimen di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Hui Ying, adalah Setiausaha DAP Negeri dan adik Lim Guan Eng, akan bertanding di kerusi Parlimen Tanjong, yang disandang Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam PRU-14.

Hui Ying akan meletakkan jawatan sebagai Senator Dewan Negara sebelum penamaan calon bagi membolehkannya bertanding di kerusi Parlimen.

Chow Kon Yeow, yang juga ADUN Padang Kota pula akan berhijrah ke Parlimen Batu Kawan di Seberang Perai, menggantikan penyandang Kasthuri Rani Pattoo yang memutuskan untuk tidak bertanding kali ini.

Selain Hui Ying, turut mencuri tumpuan adalah ADUN Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid, 42, yang akan berebut kerusi Parlimen Bukit Bendera, menggantikan Bendahari DAP Negeri, Wong Hon Wai.

Hon Wai diumumkan akan bertanding di kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam Konvoi Harapan di Persiaran Karpal Singh, di sini, pagi tadi.

Loading...
Terkini