Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
SHAH ALAM: Dua Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Aminuddin Harun kembali dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini.
Kedua-dua mereka yang juga Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan dinamakan untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua dan Sikamat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar sekali lagi mengulangi bahawa Datuk Seri Amirudin juga akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang di negeri berkenaan.
Selain itu, beliau turut menaruh kepercayaan kepada Datuk Seri Aminudin untuk memimpin Negeri Sembilan sekiranya diberikan mandat mentadbir negeri terbabit.
Antara nama besar lain yang diumumkan adalah Penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet, sebagai calon PKR bagi DUN Lembah Jaya.
Sementara itu, bekas (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli akan bertanding di DUN Hulu Kelang, kerusi dijangka ditandingi bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.