Tumpuan :
Politik

AMANAH tangguh Konvensyen Nasional 2024 susulan banjir

KUALA LUMPUR: Parti AMANAH menangguhkan Konvensyen Nasional 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Disember ini ke Januari tahun depan berikutan banjir yang melanda beberapa negeri masih belum pulih sepenuhnya.

Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil memaklumkan, sejajar ketetapan itu, Konvensyen Sayap Nasional merangkumi Wanita (AWAN), Pemuda dan Wanita Muda (WARDA) yang dijadualkan pada 27 Disember ini turut ditangguhkan.

 

“Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan ini telah membuat ketetapan tarikh baharu Konvensyen Nasional AMANAH 2024 berlangsung ialah pada 25 dan 26 Januari 2025 di sebuah hotel di Klang, Selangor.

“Sehubungan itu, Konvensyen Sayap-Sayap Nasional akan diadakan pada 24 Januari 2025 di lokasi sama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selaras dengan ketetapan berkenaan, Muhammad Faiz berkata, jentera AMANAH pada semua peringkat diminta menjayakan operasi bantuan banjir, terutama pascabanjir di kawasan-kawasan yang terkesan.

“Jawatankuasa Pimpinan Nasional memohon maaf atas kesulitan dihadapi oleh pemimpin, perwakilan, ahli dan penyokong AMANAH serta semua pihak yang terkesan dengan penangguhan ini,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini