comscore
Tumpuan :
Politik

Akta Anti Lompat Parti perlu diperbaiki jika ada kelompangan

 

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Akta Anti Lompat Parti perlu diperbaiki jika ada kelompangan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata jika ada kelemahan pada akta itu sendiri, perlu ditambah baik.

“Kalau ada isu teknikal atau kelompongan dari segi akta itu, kalau perlu kita perbaiki kita perbaiki.

“Kita jangan galakkan benda ini. Saya berpandangan kita kena ajar anak-anak muda, generasi akan datang untuk mempunyai prinsip yang utuh, yang tinggi. Jangan gunakan isu teknikal untuk lari daripada itu,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa, di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Beliau berkata perbuatan melompat parti apabila sudah memenangi sesuatu kerusi atas ‘tiket’ mana-mana parti tidak boleh digalakkan.

“Saya berpendirian bahawa bila kita telah dipilih oleh sesuatu parti itu, apabila kita sudah bertanding kemudian kita lompat, itu perbuatan yang kita tidak boleh galakkan untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

“Sebab ini boleh menakutkan pelabur-pelabur. Bayangkan dia datang negara kita berdasarlan kerajaan ini.

“Tetapi ‘half-way’ kerajaan itu jatuh dan bila yang baru ambil alih tetapi tidak ubah dasar dan polisi, itu tidak apa.

“Namun kalau mengubah dasar dan polisi itu akan jadi masalah,” ujarnya.

Beliau turut mengambil contoh mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Dulu kita Barisan Nasional (BN) kalah banyak polisi diubah macam GST.

“Akhirnya apa yang berlaku? Kita sedar sistem itu sangat bagus dan diguna pakai oleh 174 negara di dunia.

“Akhirnya bila kita tukar kerajaan, kita ‘reverse’. Benda-benda macam ini kita kena belajar supaya lompat parti ini bukan menjadi budaya kepada kita,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini