KLANG: Pemilih berdaftar terdiri daripada 796 pegawai dan anggota polis di Klang Selatan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengundian awal itu dijalankan di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, bermula pukul 8 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, sebanyak empat saluran dibuka dalam proses pengundian sehingga pukul 6 petang ini.
Seramai 46 pegawai dan anggota turut melaksanakan undi pos pada 11 November lalu.
Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. P. Jaya Chandran; J.R. Deepak Jaikishan (Bebas) dan Tee Hooi Ling mewakili Barisan Nasional (BN) turut kelihatan meninjau proses pembuangan undi.
Kerusi Parlimen Klang itu menyaksikan pertembungan tujuh penjuru yang melibatkan lima calon parti politik dan dua calon Bebas.