Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
PETALING JAYA: Rundingan rasmi Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersama Pakatan Harapan (PH) mengenai pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah selesai 70 peratus.
Timbalan Presidennya ,Amira Aisya Abdul Aziz berkata perbincangan itu melibatkan 15 kerusi yang diminta parti terlibat.
“70% selesai yang penting kita tidak meminta lansung kerusi penyandang kita dengar banyak desas desus tetapi sebenarnya MUDA memang tidak meminta langsung kerusi penyandang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama pimpinan PH di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Tambahya beliau berkeyakinan pertindihan kerusi (MUDA) dan (PH) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.