comscore
Tumpuan :
Politik

 4 pusat mengundi di Selangor ditutup jam 2 petang

Foto: NSTP

SHAH ALAM: Empat pusat pengundian di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor ditutup pada jam 2 petang tadi.

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Selangor memaklumkan, empat kerusi DUN berkenaan membabitkan DUN Sungai Air Tawar (N.01), Kuala Kubu Baharu (N.06), Permatang (N.09) dan Ijok (N.11).

“Bagi DUN Sungai Air Tawar, pusat pengundian yang ditutup pada jam 2 petang adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Cempaka manakala Sekolah Jenis Kebangsaan SJK(C) Bukit Fraser di bawah DUN Kuala Kubu Baharu.

“Sementara itu, Balai Raya Kampung Lubuk Jaya di bawah DUN Permatang manakala SJK (T) Ladang Bukit Ijok di bawah DUN Ijok,” katanya.

Secara keseluruhan, terdapat 929 pusat mengundi biasa dan 68 pusat mengundi awal di Selangor, yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah 997 pusat mengundi.

Loading...
Terkini