KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong asing lebih 15 juta orang dengan nilai pendapatan sebanyak RM47.6 bilion pada tahun 2023.
Perkara itu diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, bagi memperkukuhkan pemulihan sektor pelancongan, sebanyak RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran.
Bagi menggalakkan Keluarga Malaysia melancong di destinasi dalam negara, kerajaan turut memperuntukkan RM25 juta bagi menyediakan insentif kepada rakyat dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni sehingga RM100. -BERITA HARIAN