comscore
Tumpuan :
Politik

191 Bahagian UMNO Diarah Lancar Jentera PRU-15

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Pontian, di Rumah UMNO Pontian, Johor.

PONTIAN: Semua 191 bahagian membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara diarah melancarkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata langkah melancarkan jentera PRU-15 di setiap peringkat bahagian itu perlu dilakukan kerana pilihan raya semakin hampir.

PRU-15 semakin hampir, tak kira bila tarikhnya yang pasti semakin hampir, bukan semakin jauh.

Sebanyak 191 bahagian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia pada hari ini hingga Ahad sedang melaksanakan mesyuarat sayap tiga peringkat.

“Ketika persidangan berlangsung hari ini, esok dan lusa dalam ucapan perasmian, ketua bahagian atau ketua sayap bolehlah melancarkan jentera PRU-15 Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian secara rasmi.

“Jentera PRU-15 setiap bahagian perlu dilancarkan secara rasmi kerana lambat laun pilihan raya akan berlaku juga tidak lama lagi,” katanya pada sidang media sebelum perasmian Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Pontian, di Rumah UMNO Pontian, di sini, hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan menetapkan Persidangan UMNO Cawangan pada 15 Ogos hingga 18 September 2022; Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian pula pada 7, 8 dan 9 Oktober.

Sementara mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 14, 15 dan 16 Oktober dan Perhimpunan Agung UMNO pula, pada 23 hingga 26 November nanti.

Bagaimanapun tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung pada kali ini.– BERITA HARIAN

Loading...
Terkini