comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Wanita Didakwa Pukul, Toreh Bekas Suami

AYER KEROH: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan memukul dan mencederakan bekas suaminya dengan menoreh belakang badan mangsa dengan pisau, tahun lalu.

Tertuduh, Norhayati Serurahman, 33 tahun, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Izwan Mohamed Noh.

Tertuduh didakwa mencederakan Mohamad Sabri Hussin, 33 tahun, dengan pisau, selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Tambak Sebelong, Kandang, Melaka jam 2.45 pagi, 10 mei 2021.

Pertuduhan di bawah Seksyen 323/326  Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dua tahun, dan denda jika sabit kesalahan.

Sebutan semula kes 25 Oktober depan.

 

Loading...
Terkini