Tumpuan :
Detik Niaga

Takaful Malaysia, Media Prima Kerjasama Tingkat Kesedaran Produk Takaful

Oleh Amanda Lopez

PETALING JAYA: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad  “Takaful Malaysia” sasar pertingkat kadar penembusan industri takaful dalam negara yang masih kurang 20 peratus.

Ke arah itu, syarikat itu akan bekerjasama dengan Media Prima Berhad (Media Prima) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pelbagai produk takaful yang ditawarkan di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata,”Sebenarnya kami telah bekerjasama dengan Media Prima menerusi Big Tree.Justeru, saya berharap bergerak ke depan Takaful Malaysia dan Media Prima dapat bekerjsama dengan lebih rapat untuk melihat bagaimana kita boleh meningkatkan kadar penembusan industri insurans di pasaran tempatan khususnya takaful yang masih lagi di bawah tahap kesedaran.”

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan korporat buat julung kali ke Media Prima pagi tadi, selepas menyandang jawatan GCEO awal tahun ini.

Menyambut kedatangan syarikat itu, Media Prima diwakili Pengerusi Kumpulan, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarang Urusan Kumpulan The News Straits Times Press, Mustapha Kamil Mohd Janor; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran; Pengurus Besar Kumpulan, Pejabat Pengerusi MPB, Azlan Abdul Aziz dan wakil OMNIA.

Kata beliau, kesedaran orang ramai terhadap insurans am masih lagi terhad kepada perlindungan motor takaful sedangkan ada insurans banjir untuk kereta dan rumah.

Bagi insurans keluarga pula, kesedaran bagi produk penyakit kritikal dan takaful pendidikan antara perkara yang perlu diwar-warkan kepada umum.

Katanya lagi,  hanya 20 peratus golongan Bumiputera yang mempunyai sekurang-kurang satu polisi takaful.

Loading...
Terkini