comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Terengganu Berkenan Saksi Perarakan Kenderaan Berhias

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pertandingan perarakan kenderaan dan beca berhias di Dataran Batu Buruk, di sini, malam ini.

Turut berangkat dan menyaksikan pertandingan kenderaan dan beca berhias ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pertandingan perarakan kenderaan dan beca berhias daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Mizan ke-60.

Turut berangkat Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan negeri (DUN), Datuk Yahya Ali, Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pertandingan Kenderaan Berhias, Dr Azman Ibrahim.

Sebanyak lapan kenderaan daripada Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Kemaman menyertai perarakan kenderaan berhias.

Turut menyertai perarakan beca daripada 16 anak syarikat kerajaan negeri, termasuk Jabatan Pelancongan negeri.

Perarakan kenderaan dan beca berhias sejauh kira-kira 3.2 kilometer bermula daripada Dataran Shah Bandar ke Dataran Batu Buruk.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini