Tumpuan :
Nasional

Sekolah Amanah Dari Malaysia Tersenarai Sebagai Finalis 3 Teratas Bagi World’s Best School Prizes Bernilai $250,000

KUALA LUMPUR: Sekolah Kebangsaan Kempadang di Kuantan, Pahang telah dicalonkan sebagai finalis 3 Teratas bagi World’s Best School Prizes yang menawarkan A$250,000.

Sekolah di bawah program Sekolah Amanah Malaysia itu mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.

“Tahniah kepada SK Kempadang kerana dicalonkan bagi World’s Best School Prizes yang pertama kali dianjurkan. Kecemerlangan Sekolah Amanah Malaysia ini akan menjadi inspirasi kepada para pendidik di seluruh dunia. Ia adalah bukti berterusan bahawa, sekolah awam kita juga mampu menjadi antara yang terbaik di dunia.” kata pemegang amanah & pengarah urusan Yayasan Hasanah Datuk Shahira Ahmed Bazari.

Majoriti populasi murid SK Kempadang adalah daripada kumpulan B40 dan di sebalik kerentanan murid-muridnya, sekolah ini menyemai kepercayaan yang kuat terhadap keupayaan mereka untuk mendidik murid.

Sejak menjadi sebahagian daripada Sekolah Amanah pada tahun 2015, kadar kemasukannya telah meningkat sebanyak 6% atau 7% setiap tahun.

“Kejayaan SK Kempadang di peringkat global adalah bukti bahawa transformasi sekolah secara menyeluruh boleh dicapai. Matlamat kami ialah untuk membangunkan kapasiti dan memperkasa sekolah-sekolah untuk menghasilkan sendiri solusi inovatif bagi cabaran yang mereka hadapi secara proaktif. Kami amat berbangga dengan SK Kempadang dan kami berharap agar mereka dilihat sebagai suri teladan hasil usaha kolektif setiap pemegang taruh.” ujar Nina Adlan Disney, Pengarah Eksekutif LeapEd Services, yang mereka bentuk dan melaksanakan Program Sekolah Amanah di SK Kempadang.

“Para pemimpin perlu belajar daripada pengetahuan dan pengalaman yang ada di sekolah-sekolah kita kerana mereka, sebagai barisan hadapan dalam bidang pendidikan lebih mengetahui tentang perubahan yang kita perlukan.
World’s Best School Prizes menampilkan kepakaran sekolah-sekolah yang memberi inspirasi dari seluruh pelusuk dunia. Sudah tiba masanya kerajaan di seluruh dunia mendengar suara mereka”. kata Vikas Pota, Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Lima kategori World’s Best School Prizes – bagi Kolaborasi Komuniti, Tindakan Persekitaran, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyemai Hidup Sihat – meraikan sekolah-sekolah di serata dunia bagi peranan penting yang mereka mainkan dalam membangunkan generasi pelajar masa hadapan dan atas sumbangan besar mereka terhadap kemajuan masyarakat, terutamanya dengan kewujudan COVID.

Anugerah ini diasaskan T4 Education dengan kerjasama Accenture, American Express, Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Lemann Foundation, D2L, Mellby Gård, dan Universidad Camilo José Cela, untuk berkongsi amalan terbaik sekolah-sekolah yang mentransformasikan kehidupan murid mereka dan membawa perubahan sebenar kepada komuniti.

Loading...
Terkini