Tumpuan :
Dunia

Runtuhan Bangunan Di Jordan Ragut Sekurang-kurangnya Lima Nyawa, 14 Cedera

Foto: AFP

AMMAN, Jordan: Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 14 lagi cedera selepas sebuah bangunan kediaman empat tingkat runtuh di ibu negara Jordan.

Lapor Al Jazeera, jurucakap keselamatan Amer al-Sartawi berkata, insiden runtuhan itu berlaku di kawasan kejiranan Jabal al-Weibdeh di Amman.

Susulan insiden itu, pasukan pertahanan awam bekerjasama dengan pasukan penyelamat ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Menurut seorang sumber di agensi perkhidmatan awam, terdapat sejumlah mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan, namun tidak menyatakan angka sebenar..

Berdasarkan laporan media tempatan, punca kejadian runtuhan bangunan tidak dapat dipastikan.

Justeru, Perdana Menteri Bisher al-Khasawneh mengarahkan pihak berkuasa menyiasat punca sebenar insiden tersebut.

Khasawneh dan pegawai kanan kerajaan dilaporkan berada di lokasi kejadian ketika operasi menyelamat sedang dijalankan untuk memindahkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Loading...
Terkini