Tumpuan :
Jenayah

Reman Bapa Pelakon Remaja Perempuan Dilanjut 4 Hari Lagi

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan disambung reman selama empat hari lagi bermula esok sehingga 16 September ini bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata permohonan dibuat susulan pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat laporan polis pada 8 September lalu.

“Laporan polis atas dakwaan bapanya memukul pelakon remaja terbabit menggunakan penyangkut baju pada 2014,” katanya.

Suspek lelaki yang berusia 43 tahun sebelum ini turut ditahan polis bagi membantu siasatan di kediamannya di Kedah, pada 6 September lalu atas dakwaan gangguan seksual terhadap anaknya.

Polis turut merampas telefon bimbit suspek untuk dianalisa ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, (PDRM).

Baru-baru ini pelakon remaja itu mendedahkan pelakuan buruk bapanya menerusi satu temubual di laman youtube yang mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya sejak berusia lima tahun.

Loading...
Terkini