comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Shah Alam Terima Laporan Kehilangan Zalina Azman

SHAH ALAM : Polis sedang mencari Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang.

Menerusi maklumat dikongsi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di facebooknya, Zalina 58 tahun beralamat di No.2 Jalan Ketiau 3/10, Shah Alam.

“Ciri fizikal, kulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus”menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat SJN Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Sementara itu Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dalam status di facebooknya turut meminta orang ramai membantu mencari bekas personaliti tv3 itu.

“Tolong bantu cari sahabat kami” kata Ras Adiba.

Loading...
Terkini