Tumpuan :
Dunia

Jepun Keluar Amaran Tsunami Ekoran Gempa di Taiwan

TAIPEI: Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda pantai tenggara Taiwan hari ini, mendorong Jepun mengeluarkan amaran tsunami.

USGS berkata, gempa itu berlaku kira-kira 50 kilometer (km) di utara Taitung dengan kedalaman 10 kilometer (km), pada jam 2.44 petang (waktu tempatan).

Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda wilayah sama semalam, dan ada beberapa gegaran sejak itu dan yang terbaharu adalah paling kuat setakat ini.

Agensi Meteorologi Jepun pula mengeluarkan amaran tsunami bagi pulau terpencil berhampiran Taiwan, selain meramalkan ombak setinggi semeter dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan).

Taiwan kerap dilanda gempa bumi kerana lokasinya terletak berhampiran dua plet tektonik. – AFP

Loading...
Terkini