![](https://media.buletintv3.my/2022/09/SAYUR-MELAKA-1024x538.jpg)
MELAKA: Tiga pasar utama di Melaka dikesan menaikkan harga sayur sehingga lapan peratus sejak minggu lalu.
Pengarah KPDNHEP Negeri, Norena Jaafar berkata, ia berikutan faktor cuaca hujan berpanjangan sejak kebelakangan ini mengakibatkan tanaman sayur tidak menjadi di negeri-negeri pengeluar sayur.
Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pegawai dan penguat kuasa di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang, Pasar Besar Jasin dan Pasar Besar Alor Gajah mendapati terdapat perbezaan harga yang ketara antara pasar di Merlimau, Jasin dan MBMB.
“Meskipun kenaikan kecil itu tidak dapat dielakkan disebabkan perubahan cuaca, namun pemantauan sentiasa dilakukan agar tiada yang mengambil kesempatan,” katanya.
Jelas beliau, selain faktor cuaca kenaikan itu juga disebabkan terdapat peniaga yang mengambil bekalan sayur daripada orang luar dan membabitkan banyak peringkat.