Tumpuan :
Nasional

Cuaca Baik, Fenomena Air Pasang Besar Terkawal

KLANG: Setakat pagi ini fenomena air pasang besar yang memasuki hari ketiga bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangordilihat masih terkawal.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis keadaan itu berikutan cuaca dalam keadaan baik.

“Seperti mana dilaporkan Jabatan Meteologi sebelum ini, paras air laut di perkampungan nelayan dan Pelabuhan Klang adalah 5.4 meter namun keadaan terkawal kerana tidak hujan.

“Terdapat lokasi berlaku limpahan air tetapi tidak ada pemindahan dan air limpahan ini juga dijangka surut dalam tempoh singkat,” katanya.

Tambahnya , anggota daripada 10 Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Klang dan Kuala Selangor sudah digerakkan untuk menjalankan pemantauan di kawasan terbabit.

Loading...
Terkini