comscore
Tumpuan :
Nasional

Bunuh Anak Sulung, Suami Isteri Dihukum Gantung

Gambar hiasan

Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menjatuhi hukuman itu ke atas Aaron Teoh Eng Wan, 37, dan isterinya, En Sit Mooi, 40, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pasangan itu didakwa membunuh anak sulung mereka, Adrian Teoh Wai Kit, di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya pada 26 Mei 2017.

Timbalan pendakwa raya, Siti Fatimah Yahya memberitahu mahkamah bahawa mangsa telah dipukul oleh ibu bapanya menggunakan rotan dan kayu sebelum meninggal dunia.

Pakar kimia mengesahkan asid deoksiribonukleik (DNA) milik Aaron serta mangsa pada rotan yang ditemui di tempat kejadian.

Video rakaman litar tertutup (CCTV) di premis tersebut menunjukkan En dilihat beberapa kali mengheret mangsa yang dalam keadaan sangat lemah serta tidak bermaya.

Punca kematian mangsa disahkan akibat pendarahan di bawah kulit dan otot yang meluas serta teruk akibat daripada hentakan tumpul berganda.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan 28 saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi iaitu pasangan suami isteri itu sendiri yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi, sepanjang perbicaraan yang bermula pada Julai 2019.

Loading...
Terkini