Tumpuan :
Tragedi

9 Maut Kenderaan Jatuh Dalam Sungai

Di Simunjan Sarawak, tahun baharu dibuka dengan satu insiden tragik apabila sembilan maut ekoran sebuah kenderaan pacuan 4 roda terjatuh dari feri ke dalam sungai.

Menurut laporan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri, panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit diterima jam 3.14 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata kejadian melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota dipercayai tergelincir dari feri yang sedang dalam proses menyeberangi sungai besar itu.

Bagaimanapun kenderaan terbabit tiba-tiba terjunam ke dalam sungai kurang empat meter dari tebing.

Dalam pada itu, kejadian terbabit tular melalui rakaman video di media sosial dikongsikan oleh orang awam.

Dalam rakaman video terbabit, mangsa berjaya di keluarkan orang awam dengan bantuan feri dan jentolak di lokasi.

Video yang berdurasi 7 minit 15 saat itu menunjukkan ke semua mangsa dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Turut kelihatan mangsa yang dikeluarkan turut diberi bantuan CPR.

Maklumat awal diterima, mereka yang meninggal dunia terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan berusia di antara 6 bulan hingga 65 tahun.

Setakat ini, identiti mereka yang meninggal dunia belum dikenalpasti.

Dalam pada itu, pihak bomba mengambil masa yang agak lama untuk tiba di lokasi dengan balai bomba terdekat dilaporkan sejauh 62 kilometer melalui feri ke seberang sungai.

Manakala balai kawasan jagaan iaitu BBP Saratok adalah sejauh 98 km dengan melalui sebuah feri dari Feri Pusa, Saratok.

Loading...
Terkini