Oleh: Anuar Alias
KLANG: Sebanyak 60 notis saman pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan polis trafik Klang selatan dalam Op Selamat malam tadi .
Kesalahan termasuk melibatkan tiada lesen memandu, cukai kenderaan motor tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
Operasi membabitkan seramai 18 anggota 2 pengawai diketuai DSP Ramzi Mahmudin.
Kesemua kesalahan berkenaan dikesan dalam dua lokasi operasi dilakukan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah dan Jalan Batu Unjur, Klang
Polis tidak berkompromi dengan pengguna jalan raya yang dikesan melakukan kesalahan sepanjang operasi tersebut.
Dalam operasi itu juga empat pemandu mabuk ditahan selepas ujian paras alkohol melebih had yang dibenarkan.
Kesemua yang ditahan di bawa ke balai polis trafik Klang untuk ujian saringan kali kedua.
Penguatkuasaan ini dijalankan bagi mengambil tindakan di samping memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang bersikap pentingkan diri dengan mengabaikan peraturan lalu lintas.