comscore
Tumpuan :
Negeri

Usaha Apung Bot Nelayan Karam Tidak Berjaya Akibat Cuaca Buruk

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Komander Mohd Haniff Mohd Yunus melakukan tinjauan di lokasi bot nelayan karam di perairan Parit Hailam, Batu Pahat, Johor petang tadi. – FOTO: APMM

Oleh Zahir Senapiah

BATU PAHAT: Usaha mengapungkan sebuah bot nelayan yang karam di perairan Parit Hailam, Batu Pahat, Johor pada Rabu lalu, tidak berjaya kerana cuaca buruk.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat, Komander Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, usaha itu dilakukan sekumpulan pekerja profesional.

Ia selepas APMM berjaya mengesan bot berkenaan pada kedalaman 40 meter dari dasar laut melalui alat pengesan sonar Jumaat Lalu.

“Ombak kuat dan cuaca buruk menyebabkan usaha mengapungkan bot nelayan itu mengalami kesukaran,” katanya Ketika ditemui ketika menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) petang tadi.

Ujarnya, Ops Carilamat juga telah diperluaskan hingga 570 batu nautika membabitkan 4 buah bot penyelamat APMM, Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Buat masa ini kita belum temui sebarang apa apa penemuan namun berharap hasil pengapungan ini akan dapat menemukan kedua-dua mangsa,” tambahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Rabu Lalu, dua nelayan hilang manakala dua lagi selamat selepas bot dinaiki mereka karam pada kedudukan 9.6 batu nautika barat daya, perairan Parit Hailam, Batu Pahat.

Bot itu yang keluar memukat ikan dikendalikan empat kru warga tempatan dipercayai bertembung dengan ombak besar menyebabkannya terbalik dan karam.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Te Chia Rong, 38, dan Chia Hock Heng, 60 tahun.

Manakala yang selamat dikenali sebagai Te Chia Haur, 40 tahum, dan Tee Kian Muar, 33 tahun.

Mereka diselamatkan nelayan tempatan yang berada berhampiran dengan lokasi kejadian.

Loading...
Terkini