comscore
Tumpuan :
Negeri

Tiada Kes Penculikan Berlaku Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menafikan surat dikeluarkan beberapa sekolah di negeri itu yang tular di media sosial berhubung kes penculikan kanak-kanak.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes penculikan daripada sekolah mahupun orang awam.

Justeru beliau berharap orang awam bertenang dan berkongsi maklumat kepada pihak polis jika berlaku kes seperti didakwa.

“Polis Kontinjen Terengganu menafikan ada berlaku kes penculikan tersebut atau
cubaan menculik seperti didakwa kerana sehingga hari ini tiada satupun laporan polis yang diterima daripada orang awam ataupun dari pihak sekolah sendiri mengenai perkara itu, “katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berharap pihak sekolah juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menimbulkan kebimbangan kepada golongan masyarakat.

“Saya ingin menegaskan agar pihak sekolah tidak mengeluarkan apaapa kenyataan (bersurat / “social group”) yang akan memberikan kerisauan kepada ahli keluarga dan kegusaran di kalangan masyarakat yang tidak sewajarnya.

“Bagaimanapun, pihak polis akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memberikan meklumat terkini dan meningkatkan dari segi rondaan di kawasan sekolah-sekolah terutamanya pada waktu tamat sesi persekolahan,” katanya.

Loading...
Terkini