![](https://media.buletintv3.my/2022/12/8WNOSN1R-pp-cms-49.jpg)
KUANTAN: Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin masih merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 4 petang, hari ini.
Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Keratong merekodkan bacaan 11.75meter (m) kerana paras bahaya yang ditetapkan ialah 11m.
Sementara itu, lima sungai pula melepasi paras waspada iaitu Sungai Belat di Seri Damai, di sini dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.
Selain itu, Sungai Triang di Triang, Bera; Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis dan Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan hujan lebatdan ribut petir dijangka berlaku di empat daerah di Pahang.
Daerah berkenaan ialah Raub, Bentong, Temerloh dan Rompin.