Tumpuan :
Negeri

Pelupusan Barang Kes Berkaitan Dadah

MELAKA: Polis melupuskan barang kes dadah dalam bentuk pepejal lebih 53,000 gram dan cecair kira-kira 327,000 liter, membabitkan 2,151 kertas siasatan, sejak 2004 hingga tahun ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata pelupusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bernilai lebih RM80,000.

Katanya, polis dengan menggunakan khidmat Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di premis syarikat itu di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, antara dadah dilupuskan ialah heroin, monoacetylmorphines, kanabis, methamphetamine dan ketamin, pepejal mitragynine, nimetazepam dan etizolam.

“Semua barang kes dilupuskan sudah selesai dianalisis oleh Jabatan Kimia serta selesai proses perbicaraan dan jatuh hukum di mahkamah,” katanya di sini.

Zainol berkata, polis sentiasa komited membanteras penyalahgunaan dadah dan menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan bagi membendung masalah itu.

“Mereka boleh menghubungi talian hotline 012-2087222 jika mengetahui sebarang aktiviti pengedaran dadah di sekeliling mereka,” katanya.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini