comscore
Tumpuan :
Negeri

Paras Dua Sungai Di Sarawak Melepasi Paras Amaran

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datuk Khirudin Drahman 

KUCHING: Dua sungai di Sarawak iaitu Sungai Long Teru di Miri dan Sungai Punan Bah B di Kapit, dekat sini, dilapor melepasi paras amaran.

Laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), melaporkan bacaan di Sungai Long Teru direkod pada paras 7.24 meter (m), manakala Sungai Punan Bah B menunjukkan bacaan 10.5 m.

Selain itu, enam lagi sungai di negeri ini melepasi tahap waspada iaitu Kapit New Headworks (13.85 m) dan Kapit Town (13.32 m) masing-masing di Kapit, selain empat di Sibu iaitu Durin Bazaar, (3.88 m), Renan Kemiding (6.51 m), Sungai Salim B, (2.75 m) dan Kanowit Town (4.76 m).

Mengulas keadaan itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datuk Khirudin Drahman, berkata situasi di beberapa penempatan penduduk sekitar tebing sungai di negeri ini masih dalam keadaan baik, walaupun paras air dilaporkan melepasi tahap amaran dan waspada.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pegawainya, keadaan di beberapa sungai tidak membimbangkan, namun pemantauan berterusan dijalankan berikutan hujan di kebanyakan tempat di Sarawak hari ini.

“Setakat tengah hari tadi, pegawai yang membuat pemantauan melaporkan keadaan baik dan selamat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Loading...
Terkini