Tumpuan :
Negeri

Mangsa Banjir Dapat Bantuan RM500

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 8,337 mangsa banjir Monsun Timur Laut di seluruh negeri ini menerima bantuan RM500 setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bagi meringankan bebanan dihadapi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan, berkata pihaknya menyediakan peruntukan kira-kira RM5.3 juta untuk disalurkan kepada penerima terbabit.

“Setiap KIR yang menjadi mangsa banjir pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini masing-masing menerima bantuan sebanyak RM500.

“Bantuan itu diharap dapat meringankan beban keluarga terbabit yang ditimpa musibah berkenaan sebelum ini,” katanya.

Majlis penyampaian bantuan kepada 2,976 mangsa banjir di daerah Kemaman membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Kemasik dan Air Putih disampaikan Ketua Penolong Pengarah Setiausaha (Pengurusan Zakat), Nazli Amirri Ngah.

Ketika mengulas bantuan kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut di daerah lain, Dr Ahmad Azrin berkata, semua mangsa terbabit akan menerima bantuan sama selepas ini secara berperingkat.- Berita Harian

Loading...
Terkini