comscore
Tumpuan :
Negeri

Lubang Besar Akibat Tanah Mendap

Lubang besar di jalan Bagan Lalang, Butterworth berlaku akibat mendapan tanah.

BUTTERWORTH : Jalan Bagan Lalang di sini terpaksa ditutup sementara atas faktor keselamatan berikutan wujudnya lubang besar akibat tanah mendap.

Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Utara dalam laporannya hari ini memaklumkan, menerima aduan daripada pengguna jalan raya berhubung lubang itu pada 4.30 petang.

“Pengguna beritahu menemui lubang besar pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).

“Berikutan itu, pihak JKR mengambil tindakan menutup sementara sebahagian jalan berkenaan dan kerja pembaikan kekal pula sedang diselaraskan bersama pihak IWK,” katanya.

Menurut laporan itu, JKR akan menyediakan laluan alternatif sekiranya perlu.

“Pada masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan,” katanya.

Terdahulu, gambar jalan berlubang itu tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya dan mendesak pembaikan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Loading...
Terkini