Oleh Fazli Ahmad
PEKAN: Lapan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pahang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua Adun Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO).
EXCO Pahang dibarisi tujuh muka baharu dan tiga EXCO penggal lalu dilantik semula.
Majlis Pengurniaan Surat Cara dan Mengangkat Sumpah Jawatan berlangsung dihadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Balairung, Istana Abu Bakar, di Pekan, hari ini.
Lima ADUN baharu mewakili BN dilantik sebagai Exco ialah Adun Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, ADUN Guai, Sabariah Saidin, ADUN Muadzam Razali Kassim, ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal dan ADUN Peramu Jaya, Datuk Mohammad Nizar Najib.
Manakala dua ADUN PH dilantik sebagai EXCO Pahang ialah ADUN Terumtum, Sim Chong Siang dan ADUN Triang, Leong Yu man.
Tiga EXCO penggal lalu dilantik semula sebagai ialah ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak, ADUN Kerdau Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan ADUN Bebar, Datuk Fakharuddin Mohd Aris.
Turut hadir di istiadat itu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.