comscore
Tumpuan :
Negeri

JAIPk lancar skuad rondaan bermotosikal cegah jenayah syariah

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak JAIPk, melancarkan Skuad Rondaan Bermotosikal Pencegahan Jenayah Syariah.

Menerusi hantaran di Facebook, ia berkata, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk mengambil inisiatif untuk mewujudkan skuad rondaan bermotosikal bagi menjalankan tugasan rondaan dan pencegahan jenayah syariah bagi seluruh Negeri Perak.

Perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abd Halim pada malam tadi.

Beliau turut serta dalam rondaan malam dan berkesempatan menyantuni pengunjung-pengunjung yang berada di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Menurut hantaran itu lagi, skuad rondaan bermotosikal itu turut diwujudkan di setiap Pejabat Agama Islam Daerah.

Loading...
Terkini