Oleh Kadir Edison
MUKAH: Sembilan dari 11 pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam Selasa lalu ditemui Pasukan Mencari dan Menyelamat SAR.
Namun salah seorang daripada mereka yang ditemui itu disahkan telah meninggal dunia dengan seorang lagi dilaporkan masih hilang.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, dua pemancing sebelum ni ditemui hanyut oleh kapal MT Capella yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Kuching sekitar jam 3.00 petang semalam di perairan Mukah.
Ujarnya, 4 lagi mangsa dijumpai oleh bot nelayan di sektor pencarian kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
Manakala 2 mangsa ditemui oleh bot pemancing Himajaya pada jam 10.30 pagi dan seorang lagi dijumpai 11.20 pagi.
Mayat pemancing yang maut ditemui jam 12.30 tengahari oleh oleh bot Pasukan Polis Marin.
Kesemua mangsa kemudiannya di bawa ke Jeti Mukah sebelum dibawa ke hospital Mukah untuk rawatan dan tindakan lanjut.