Tumpuan :
Negeri

Banjir Kilat Melanda Beberapa Kawasan Di Melaka

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA : Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat.

Difahamkan, kesemua daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah terjejas apabila air mula naik sekitar jam 6 pagi tadi.

Di Melaka Tengah, antara kawasan yang terjejas ialah Duyong (Bukit Duyong, Permatang Duyong, Semabok, Solok Bukit Baru Duyong, Desa Duyong, Bukit Godek, Taman Sri Duyong 2), Pengkalan Batu (Pengkalan Rama Pantai) dan Bukit Katil (Bukit Bayan).

Di Jasin pula, banjir dilaporkan berlaku Merlimau iaitu membabitkan kawasan Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Merlimau Barat, Taman Seri Merlimau dan Taman Merlimau Megah.

Manakala daerah Alor Gajah membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal iaitu di Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.

Bagaimanapun menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, tiada lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Difahamkan, air juga mulai surut di beberapa kawasan terjejas dengan kerja-kerja pembersihan mula dilakukan pada ketika ini.

Loading...
Terkini