Tumpuan :
Negeri

Aplikasi ‘Sarawak Travel’ mudahkan pelancong lawat Sarawak

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Jika sebelum ini Langkawi memanfaatkan kelebihan teknologi digital dengan aplikasi ‘My Smart City’ dan Melaka dengan ‘Melaka eXcess’ untuk memudahkan pelancong, kini perkara sama dilakukan Sarawak dengan aplikasi ‘Sarawak Travel’

Aplikasi yang dibangunkan sejak Februari 2020 itu, ditambah baik dengan memasukkan empat modul baharu iaitu Tapak Pemandangan, Taman Negara dan Rizab Alam Semulajadi, jejak makanan dan modul permainan intraktif.

Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain memudahkan pelancong untuk merancang percutian mereka, aplikasi berkenaan juga membantu pelancong untuk mengenalpasti tempat-tepat yang menjadi tumpuan berdekatan dengan lokasi yang dikunjungi.

Penggunaan aplikasi berkenaan juga selari dengan trend masyarakat kini yang banyak bergantung kepada teknologi digital dan komunikasi ketika melancong atau bercuti.

“Saya melihat banyak dikalangan kita bergantung kepada telefon pintar termasuk kita disini, jadi apabila kita pergi melancong, inilah (telefon pintar) kamus kita, inilah ensiklopedia kita.

“Begitulah saya melihatnya iaitu lebih kepada uuntuk menjadi panduan untuk memudahkan pelancong kita,” katanya pada sidang media melancarkan Aplikasi Sarawak Travel di sini.

Abdul Karim dalam pada itu turut berharap kerajaan Persekutuan dapat membantu sektor perlancongan sarawak dalam menyediakan dan membangunkan lebih banyak infrastruktur perlancongan di negeri berkenaan.

Ini kerana peruntukkan yang besar diperlukan untuk melaksanakan usaha terbabit bagi memberikan keselesaan kepada pelancong sekaligus membantu meningkatkan lagi perkembangan sektor perlancongan di sarawak

Jelasnya, satu pertemuan akan dilakukan dengan Menteri perlancongan Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Loading...
Terkini