comscore
Tumpuan :
Negeri

[VIDEO] 1,866 mangsa banjir di Terengganu

 

SETIU: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 1,866 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam 4 petang, semua mangsa daripada 512 keluarga dipindahkan ke 38 PPS di enam daerah.

Ketika ini, hujan berterusan menyebabkan enam daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu terjejas akibat bencana berkenaan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Besut merekodkan jumlah mangsa teramai apabila 718 mangsa daripada 188 keluarga dipindahkan ke 13 PPS.

Daerah Besut merekodkan jumlah mangsa teramai apabila 718 mangsa daripada 188 keluarga dipindahkan ke 13 PPS. – FOTO: NSTP

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu yang kembali membuka PPS selepas dua PPS di daerah berkenaan ditutup jam 9 pagi tadi.

Ketika ini, 12 PPS diaktifkan di daerah Hulu Terengganu bagi menempatkan 461 mangsa daripada 143 keluarga.

Seramai 459 mangsa daripada 107 keluarga juga dipindahkan ke lima PPS di daerah Kemaman.

Di Dungun, 19 mangsa ditempatkan di dua PPS manakala lima PPS dibuka bagi menempatkan 67 keluarga membabitkan 196 mangsa di daerah Setiu.

Seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga masih dtempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol di Kuala Terengganu.

Keadaan cuaca ketika ini hujan di beberapa tempat dan proses pemindahan mangsa juga sedang dilakukan di beberapa kawasan berikutan kenaikan air susulan hujan berterusan.

Loading...
Terkini