Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Zaquan mohon doa, jenazah bayi akan dikebumikan pagi ini

KUALA LUMPUR: “Terima kasih atas sokongan, cuma beri masa kepada saya dan isteri. InsyaAllah, jenazah akan dikebumikan 9 atau 10 pagi esok (hari ini) di Makam Tuan Haji Said, Seremban,” luah Zaquan Adha dalam nada sebak.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau apabila ahli keluarga dan rakan terdekat, termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, hadir memberi sokongan moral kepada Zaquan dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah.

Difahamkan, bayi pasangan itu, Muhammad Aisy Al Rees, tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Taman Sri Pulai, Sikamat, sekitar jam 1 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Selepas disahkan meninggal dunia, jenazah dipindahkan ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.

Zaquan dan Ayu ditemani ahli keluarga, termasuk pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Proses bedah siasat selesai sekitar jam 10.30 malam sebelum jenazah dimandi dan dikafankan oleh Amal Rembau.

Zaquan turut berkongsi berita duka itu di Instagram dan memohon doa agar mereka sekeluarga tabah menghadapi kehilangan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini