Tumpuan :
Nasional

Zambri Baba terima kerusi roda, bantuan elaun sara diri

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Pengurus Besar Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Zuhairi Abdul Manaf melawat serta menyerahkan kerusi roda kepada bekas pelumba motosikal negara, Zamri Baba di rumahnya Taman Cempaka Sari Batu 4, Klang. – Foto: NSTP

KLANG: Bekas pelumba negara, Muhamad Zamri Baba mula memperoleh bantuan elaun sara diri berjumlah RM300 sebulan serta sumbangan kerusi roda daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), hari ini.

Sejak kisah Zamri yang memerlukan bantuan apabila hanya mampu bergerak dengan mengengsot dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak dipaparkan media, YAKEB dengan pantas mendaftarkan namanya sebagai ahli.

Tindakan itu sekali gus membolehkan bekas pelumba yang pernah beraksi secara wildcard di Kejuaraan Motosikal Dunia itu layak menerima segala bentuk bantuan daripada yayasan berkenaan.

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika ditemui pada penyerahan bantuan berkenaan berkata Zamri akan menerima elaun sara diri itu selama enam bulan dengan pihaknya merancang meneruskan bantuan itu selagi ia diperlukan.

“Saya juga berterima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana turut membantu daripada segi pampers dan ubat-ubatan.

“Tetapi pada masa sama kami turut berharap LZS dapat berikan wang tunai untuk membantu beliau menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini