comscore
Tumpuan :
Nasional

Zaida ditemukan selamat

Pelajar Tingkatan Empat, Zaida Zainul Rizam dilaporkan hilang semalam. Foto Ihsan Polis

SUBANG JAYA: Pelajar perempuan tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Jalan SS17 Subang Jaya, di sini, semalam, ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditemui orang awam jam 4.30 petang tadi.

“Orang hilang terbabit kemudian dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Bukit Jelutong.

“Orang hilang itu ditemui dalam keadaan selamat, sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan kehilangan Zaida Zainul Rizam berusia 16 tahun itu pada 10.16 malam, semalam.

Kali terakhir remaja itu dilihat berada di sebuah sekolah menengah kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini