Tumpuan :
Nasional

Zahid ziarah ADUN Mahkota 

KLUANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Ketibaan Zahid jam 10.36 pagi disambut Pengarah HEBHK, Dr Muhammad Nizam Subahir.

Zahid yang juga Presiden UMNO kemudian naik ke wad ICU di tingkat dua dan bertemu ahli keluarga Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang.

Sharifah Azizah dimasukkan ke hospital berkenaan akibat mengalami sesak nafas dua hari lalu.

Beliau memenangi  kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun 2022.

Sebelum itu, beliau ialah ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini