Oleh: Vinsla Santiran
KUALA LUMPUR: Pengarah urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam menyumbang sebanyak RM 20,000 kepada Media Prima menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP, hari ini.
Yusof berharap agar bantuan kewangan yang disalurkan itu dapat meringangkan beban mangsa banjir dan membantu mereka meneruskan kehidupan harian selepas bencana.
“Skop Productions Sdn Bhd amat bersimpati terhadap banjir besar yang berlaku di Kelantan dan tekanan kehidupan yang dialami mangsa-mangsa banjir.
”Saya berharap agar mangsa banjir bersabar dan tabah dengan ujian yang dihadapi,” katanya di Balai Berita di sini, hari ini.
Yusof turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang amat prihatin membantu mangsa-mangsa banjir dan menyeru semua pihak untuk menghulurkan bantuan sekadar yang mampu.
Cek replika sumbangan berkenaan diserahkan Yusof kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.