Tumpuan :
Dunia Seni

Yuna imbau memori AJL di Konsert Jiwa: Epilog 2024

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

SHAH ALAM: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai menganggap Konsert Jiwa: Epilog 2024 di Shah Alam semalam ibarat mengimbas kembali memori ketika bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Yuna yang pernah menjuarai AJL 27 menerusi lagu ‘Terukir di Bintang’, menyampaikan lagu berkenaan berserta beberapa buah lagu hit antaranya Lelaki, ‘Dan Sebenarnya’, ‘Camaraderie’, ‘Penakut’ dan ‘Crush’.

Dia yang juga lantang dalam menyuarakan isu Palestin dilihat turut memakai jersi Palestin sebagai tanda solidariti di hadapan lebih 9,000 pengunjung.

Yuna antara artis yang turut menjayakan konsert itu bersama Fabio Asher, Spider dan 6ixth Sense di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Fabio Asher, penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Rumah Singgah’, turut ‘menggalaukan’ peminat dengan lagu ‘Bertahan Terluka’, ‘Mahir Memberi Luka’ dan ‘Berharap Kau Kembali’.

Manakala 6ixth Sense menyampaikan tujuh buah lagu antaranya, ‘Khatimah Cinta’, Hari Ini dan Semalam’, ‘Tak Bisa Memilihmu’ dan ‘Yang Sempurnakanku’.

Spider turut mendendangkan beberapa buah lagu popular antaranya ‘Nazraku’, ‘Keluar Sarang’, ‘Tapi Bagaimana’ serta ‘Kasih Latifah’.

Konsert yang berdurasi 3 jam itu ditutup dengan persembahan penuh bertenaga dari band Spider dengan lagu ‘Laukku Cukup Masin’.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini