comscore
Tumpuan :
Nasional

Yang Dipertua Negeri, Premier Sarawak sertai 5,000 jemaah solat sunat Aidiladha

Yang Dipertua Negeri Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Aidiladha, di Masjid Jamek Negeri Petra Jaya Kuching. FOTO: NSTP

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidiladha di Sarawak, diraikan secara sederhana dengan lebih 5,000 umat Islam menunaikan solat sunat di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini.

Cuaca cerah membolehkan mereka berkumpul di masjid berkenaan seawal jam 7 pagi.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba sekitar 7.50 pagi diikuti Yang dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 10 minit kemudian.

Turut sama menunaikan solat sunat Aidiladha, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembangan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Solat sunat Aidiladha diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang kemudian membaca khutbah khas.

Selesai solat, Wan Junaidi dan Abang Johari meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum menyertai majlis Qurban Perdana yang diadakan di dewan Hikmah bersebelahan dengan Masjid Jamek Petra Jaya.

FOTO: NSTP

Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji adalah antara perayaan terbesar dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini