Tumpuan :
Nasional

Yang di-Pertuan Agong terima menghadap PM Singapura

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, di Dewan Seri Mahkota, Istana Negara.

Pertemuan selama kira-kira satu jam itu adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Lawrence Wong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 yang berlangsung dari 6 hingga 7 Januari.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Indera Dr Azfar Mohamad Mustafar.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

Delegasi Singapura pula disertai oleh Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Terdahulu Lawrence Wong diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, selain mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia adalah lawatan kali kedua Lawrence Wong ke Malaysia sejak menyandang jawatan itu pada 15 Mei 2024 selepas lawatan pertamanya pada 11 Jun tahun lepas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini