Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wisma Putra bantu keluarga ahli farmasi Malaysia dibunuh di Melbourne


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memberi jaminan bahawa bantuan konsular sedang diberikan kepada keluarga Leong Kum Chuan, ahli farmasi Malaysia yang dibunuh di Melbourne, Australia.

Kum Chuan, 29, adalah seorang ahli farmasi yang bekerja di Eastern Health didakwa dibunuh lelaki yang dipercayai menghidap skizofrenia di sebuah pangsapuri di Bellfield di timur laut Melbourne pada petang Rabu lalu.

Wisma Putra melalui satu kenyataan ringkas berkata pihaknya menyedari mengenai insiden tragis ini dan merayu media menghormati privasi keluarga ketika mereka menghadapi situasi mencabar ini.

Kum Chuan, didakwa dibunuh lelaki yang dipercayai menghidap skizofrenia di pangsapuri di Bellfield, Melbourne Rabu lalu.

Terdahulu, rangkaian berita Australia, 7News melaporkan Kum Chuan ditemui oleh seorang rakan sekerja di rumahnya di kawasan Bellfield dekat Ivanhoe, Melbourne, kira-kira jam 11.30 pagi, Rabu lalu.

Media berkenaan melaporkan seorang lelaki gelandangan berusia 54 tahun ditahan berkaitan kes ini dan kemudiannya didakwa di mahkamah keesokan harinya atas pembunuhan Kum Chuan.

Dilaporkan juga keluarga Kum Chuan dari Malaysia sudah ke Melbourne pada Khamis, namun tidak menghadiri perbicaraan mahkamah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini