comscore
Tumpuan :
Nasional

Waspada taktik penipuan pelaburan baharu guna memorandum maklumat palsu – SC

SC telah mengambil tindakan segera terhadap syarikat yang terbabit dalam taktik penipuan menggunakan memorandum maklumat palsu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.

Taktik ini mendakwa secara palsu bahawa IM terbabit telah diserah atau disahkan oleh SC.

SC dalam satu kenyataan semalam berkata, di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), syarikat awam tidak tersenarai yang mengeluarkan IM untuk mengumpul dana dikehendaki menyerahkannya kepada SC dalam tempoh tujuh hari selepas terbitan kepada bakal pelabur.

Walau bagaimanapun, katanya penyerahan IM tidak dianggap sebagai pengesahan oleh SC.

“Dalam kes ini, SC mendapati syarikat terbabit memberi gambaran kepada pelabur bahawa ia telah mengeluarkan IM yang kononnya diserahkan kepada SC, sekali gus mengelirukan pelabur dan memberikan kredibiliti kepada skim pelaburannya.

“SC ingin mengesahkan bahawa syarikat itu tidak menyerahkan sebarang IM kepada SC dan mengesyaki bahawa ia adalah sebahagian daripada penipuan pelaburan,” katanya.

SC berkata, tindakan segera telah diambil terhadap syarikat terbabit termasuk memfailkan laporan polis dan memasukkan syarikat itu dalam Senarai Makluman Pelabur SC di https://www.sc.com.my/investor-alert-list.

“SC memandang serius perkara ini, kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan orang ramai percaya bahawa SC menyokong dan meluluskan produk pelaburan berkaitan.

“Pihak awam amat digalakkan untuk mengesahkan sebarang tawaran menggunakan nama SC atau mana-mana pegawainya, dan melaporkan perkara ini serta sebarang aktiviti atau maklumat pelaburan yang mencurigakan kepada SC.

“Ini akan membantu melindungi pelabur daripada potensi risiko dan membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan termaklum,” katanya.

Orang ramai boleh mengesahkan tawaran pelaburan melalui SC Investm

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini