comscore
Tumpuan :
Nasional

Waspada taktik licik guna logo Jabatan Pertanian tipu dokumen kerajaan

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Jabatan Pertanian menasihatkan semua pihak agar menggunakan Sistem e-Perolehan serta Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (iGFMAS) bagi setiap permohonan bekalan dan perkhidmatan dengan jabatan berkenaan.

Ini kerana Jabatan Pertanian menerima aduan berkaitan kes penipuan dokumen pesanan kerajaan yang dilakukan oleh pihak tertentu menggunakan logo jabatan tersebut bagi tujuan memperdaya syarikat untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan.

“Taktik licik oleh pihak tertentu itu telah menyebabkan pihak syarikat pembekal telah terpedaya dan mengalami kerugian kerana tiada sebarang permohonan bekalan dan perkhidmatan dibuat oleh Jabatan Pertanian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Jabatan Pertanian memandang serius terhadap isu yang berlaku kerana menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Jabatan Pertanian serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Selain itu, pihak yang terlibat terutama syarikat pembekal disaran untuk menghubungi Jabatan Pertanian terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa bekalan dan perkhidmatan yang dikemukakan oleh pihak tertentu.

Ia bagi mengelakkan kes penipuan yang sama daripada berulang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini